Tentang Inisiatif Cashless Society

"Mudah. Pantas. Selamat."

TENTANG KAMI

Permulaan Cashless Society di Malaysia

Inisiatif Cashless Society bertujuan untuk merangsang budaya ‘digital first society’ dan meningkatkan kesedaran awam bahawa penerimaan pembayaran digital adalah mudah, pantas, dan selamat – yang selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) untuk menangani ancaman dalam talian seperti penipuan kewangan dan penipuan dalam talian untuk memupuk persekitaran digital yang lebih selamat untuk komuniti. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membolehkan penjualan secara hibrid bagi peniaga/peruncit kecil iaitu dengan memperluas pasaran mereka melalui saluran digital, meningkatkan peluang pendapatan, dan juga memastikan kesinambungan perniagaan semasa bencana yang tidak dijangka seperti banjir, COVID-19, dan lain-lain.

 

Inisiatif Cashless Society telah memperkenalkan Rangka Kerja Cashless Society, yang dipandu oleh 4 tonggak utama: Kesedaran Kewangan & Digital, Keselamatan Siber, Peluang Pendapatan, dan Pembinaan Kapasiti. Kejayaan rangka kerja ini dinilai berdasarkan jumlah lokasi komuniti yang celik digital melalui pelaksanaan 4 tonggak di atas, jumlah transaksi pembayaran tanpa tunai yang direkodkan, dan jumlah peniaga yang berjaya mendaftar di platform digital.

 

Fasa pertama telah dilancarkan di Melaka dan juga di 28 pusat NADI di seluruh negara pada awal tahun 2023. Inisiatif Cashless Society ini juga telah diteruskan pada Fasa 2 2024 di Johor, Negeri Sembilan, dan Pahang, dan Fasa 3 2025 di Perak, Sabah dan Sarawak. Setakat 31 Disember 2025, kempen promosi dan kesedaran ini telah berjaya mencapai sebanyak 26,022 transaksi tanpa tunai dan 4,572 peniaga berjaya didaftarkan di premis digital. Berdasarkan pencapaian yang memberangsangkan ini, inisiatif ini akan diteruskan pada Fasa 4 2026 di Melaka, Wilayah Persekutuan, dan Johor.

 

Bagi memperluas jangkauan, MCMC telah memperkenalkan program Cashless Society Train-the-Trainers (CS3T) di bawah Inisiatif Cashless Society dengan memperkasakan Pengurus NADI terpilih untuk memimpin sesi kesedaran dan latihan dalam komuniti masing-masing. Program rintis CS3T telah dilaksanakan di Sabah dan Sarawak pada tahun 2025. Sehingga Disember 2025, program ini telah dijalankan di 31 lokasi dan melatih seramai 449 orang individu. Berdasarkan pencapaian ini, Program CS3T akan diteruskan di negeri-negeri lain bermula pada tahun 2026.

4 tonggak utama inisiatif

Inisiatif ini terbahagi kepada 4 tonggak utama iaitu: Kesedaran Kewangan & Digital, Keselamatan Siber, Peluang Pendapatan, dan juga Pembinaan Kapasiti. Kejayaan inisiatif ini diukur melalui kesediaan komuniti digital, jumlah transaksi tanpa tunai serta penyertaan peniaga dalam perniagaan atas talian.

Kesedaran Kewangan & Digital

Memastikan semua lapisan masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan digital dan kesedara tentang penggunaan teknologi digital yang berkesan.

Keselamatan Siber

Meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kewangan dan penggunaan perkhidmatan digital dan mempromosi penggunaan transaksi digital yang selamat, pencegahan penipuan, dan privasi data.

Pembinaan Kapasiti

Untuk menjalankan program dan latihan pembinaan kapasiti bagi transaksi digital.

Peluang Pendapatan

Untuk menjana pendapatan dalam alam digital.

PROGRAM

Program
Cashless Society

1

Sesi Perbincangan Meja Bulat & Sesi Taklimat

2

Program Cashless @ NADI

3

Program Cashless Carnival @ NADI

4

Program Cashless @ State

5

Cashless Society Train-the-Trainers (CS3T)

6

Adhoc

Sesi Perbincangan Meja Bulat & Sesi Taklimat

Sesi Perbincangan Meja Bulat dan Sesi Taklimat bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan dan menyatukan hala tuju semua pihak berkepentingan bagi memastikan kejayaan program di setiap negeri.

Negeri yang terlibat: Sesi Perbincangan Meja Bulat Fasa 2, Sesi Taklimat Negeri Sembilan, Sesi Taklimat Pahang, Sesi Perbincangan Meja Bulat Fasa 3 dan Majlis Penghargaan, Sesi Taklimat Sabah, Sesi Taklimat Sarawak, Sesi Perbincangan Meja Bulat Digital Trust and Community Empowerment: Inisiatif Cashless Society Fasa 4

Program Cashless @ NADI

Program Cashless @NADI dilaksanakan di lokasi terpilih di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Malaysia.

Negeri yang terlibat: Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak

Program Cashless Carnival @ NADI

Program Cashless Carnival @NADI dilaksanakan di lokasi terpilih di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Malaysia.

Negeri yang terlibat: Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak

Program Cashless @ State

Program Cashless @ State dilaksanakan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri dan rakan strategik dalam acara peringkat negeri.

Negeri yang terlibat: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sarawak

Cashless Society Train-the-Trainers (CS3T)

Program CS3T memperluas jangkauan komuniti dengan memperkasa Pengurus NADI sebagai pengganda komuniti yang membimbing komuniti yang kurang mendapat perhatian (underserved community) dalam menggunakan platform kewangan digital yang selamat dan terjamin, sekali gus mewujudkan kesan berantai di mana pemimpin tempatan menginspirasikan komuniti, memacu penerimaan digital, dan memastikan kelestarian program.

Negeri yang terlibat: Sabah, Sarawak

Adhoc

Negeri yang terlibat: Borneo Flora Festival (BFF) Labuan 2025, Jelajah Karnival KPDN 2025 Zon Tengah, Cashless@NADI Kampung Ranau, Kota Marudu, Sabah

STATISTIK UTAMA

Impak Inisiatif: Sorotan Utama Perkembangan Inisiatif Cashless Society.

Ketahui lebih lanjut

62824

Bilangan Pengunjung

26193

Bilangan transaksi tanpa tunai

4572

Pedagang Digital Baharu di Premis Digital

1356

Bilangan aktiviti kesedaran

449

Bilangan Komuniti yang Dilatih bagi Cashless Society Train-the-Trainers (CS3T)

(Sehingga Februari 2026)