Soalan-soalan lazim mengenai Inisiatif Cashless Society dan bagaimana program ini memberi manfaat kepada anda

"Mudah. Pantas. Selamat."

SOALAN

Soalan Lazim

Cashless Society ialah inisiatif kerajaan berimpak tinggi yang direka untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. Pembayaran tanpa tunai atau e-pembayaran merujuk kepada pembayaran digital menggunakan kaedah yang termasuk tetapi tidak terhad kepada e-dompet, kod QR DuitNow, kad kredit, kad debit, dan perbankan mudah alih. Peralihan kepada pembayaran tanpa tunai ini diiktiraf sebagai langkah penting dalam memajukan usaha pendigitalan negara.

Inisiatif Cashless Society, yang dilancarkan pada penghujung tahun 2022, bertujuan untuk memperkasakan komuniti luar bandar dan masyarakat yang kurang mendapat layanan —terutamanya warga emas, belia, orang kurang upaya, dan peniaga—untuk mengamalkan pembayaran dan transaksi digital (contohnya, kod QR, kad kredit/debit). Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepat ekonomi digital Malaysia demi masa depan yang mampan dan selaras dengan matlamat Bank Negara Malaysia untuk mencapai 400 transaksi e-pembayaran per kapita menjelang tahun 2026.

 

Inisiatif ini juga memastikan penggunaan pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas dan mampan, terutamanya melalui intervensi dasar lesen perniagaan, di mana pembayaran tanpa tunai digalakkan dalam perniagaan. Kempen kesedaran dilaksanakan berpandukan oleh 4 tonggak: Kesedaran Kewangan & Digital, Keselamatan Siber, Peluang Pendapatan, dan Pembinaan Kapasiti. Kempen-kempen ini dilaksanakan melalui program seperti Cashless @ NADI, Cashless @ State, dan Cashless Carnival, memanfaatkan pusat-pusat NADI untuk meningkatkan kebolehcapaian, ketersambungan dan jangkauan.

 

Dengan pelan lima tahun di seluruh negara, inisiatif ini telah dilaksanakan di empat negeri—Melaka, Johor, Pahang, dan Negeri Sembilan—meliputi di lebih 80 lokasi komuniti dan melibatkan 12 rakan strategik, termasuk bank dan penyedia e-dompet seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Rangkaian Pembayaran Malaysia (Paynet), Touch ‘n Go Digital, Maybank, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN), Sakupay, Setel, Wavpay, dan TM Unifi Business.

  • Cashless @ NADI
  • Cashless @ State
  • Cashless Carnival @ NADI
  1. Kesedaran Kewangan & Digital: Memastikan semua lapisan masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan digital dan kesedara tentang penggunaan teknologi digital yang berkesan.
  2. Keselamatan Siber: Meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kewangan dan penggunaan perkhidmatan digital dan mempromosi penggunaan transaksi digital yang selamat, pencegahan penipuan, dan privasi data.
  3. Peluang Pendapatan: Untuk menjana pendapatan dalam alam digital.
  4. Pembinaan Kapasiti: Untuk menjalankan program dan latihan pembinaan kapasiti bagi transaksi digital.

Inisiatif Cashless Society selaras dengan dasar kerajaan seperti MyDigital, yang bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara yang dipacu secara digital, dan Pelan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia 2022-2026, yang menyasarkan penerimagunaan pembayaran digital yang dipercepat. Pelan ini bertujuan untuk mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) lebih 15% dalam e-pembayaran per kapita dan mencapai 400 transaksi per kapita menjelang akhir tahun 2026. Melalui keselarasan ini, Inisiatif Cashless Society menyumbang secara signifikan kepada objektif kerajaan, meningkatkan daya saing Malaysia selaras ekonomi digital global.